Thursday 3 January 2013

punca dan cara mengatasi sakit ketika datang haid

Jadi apakah punca sakit belakang pinggang ketika haid?

Sakit di bahagian bawah abdomen dan sakit di bahagian belakang selalunya dianggap normal akibat pengeluaran hormone Prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahem untuk mengeluarkan darah haid dalam rahem.

Pengeluaran hormone Prostaglandin yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahem secara berlebihan dan ini menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat,tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.

Dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh jadi disebabkan oleh masalah-masalah penyakit puan yang lain yang lebih serius seperti jangkitan kuman (Pelvic Inflammatory Disease), endometriosis dan fibroid.

Tanda-tanda seseorang wanita itu mengalami masalah yang lebih serius adalah apabila seseorang wanita itu mengalami senggugut yang melampau pada setiap bulan, sehingga terpaksa mengambil beberapa hari cuti kerana tidak mampu melakukan kerja.

Saya menasihatkan wanita-wanita seperti ini agar menjalani pemeriksaan doctor bagi mengesan masalah yang lebih serius.

Doktor akan melakukan pemeriksaa fizikal terutama pada bahagia kemaluan untuk memeriksa rahem. Ini termasuk pemeriksaan ultrasound, bagi mendapat gambaran imej struktur rahem di dalam abdomen.

Oleh itu saya mencadangkan agar mencari doctor wanita Muslim agar pemeriksaan dapat dialkukan dengan baik dan aurat dapat dijaga.

Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut yang teruk. Antaranya:

1. Melakukan senaman ringan. Ada beberapa kajian menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yag kuat.

2. Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, dan mengambil suplemen yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.

3. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 1.5-2 liter dalam sehari.

4. Boleh tuam menggunakan beg plastic atau beg kulit yang berisi air suam pada bahagian bawah perut bagi mendapatkan kelegaan.

5. Banyak kajian mendapati bahawa pengambilan ekstrak Kacip Fatimah 30mg beberapa hari sebelum kedatangan haid dapat mengurangkan senggugut yang teruk.

https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

6. Akhir sekali, Boleh mengambil ubat oenahan sakit yang ringan seperti acetaminophen dan paracetamol atau ubat penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen, beberapa hari sebelum kedatangan haid.

~~ Dr Zubaidi Hj Ahmad ~~


Wednesday 2 January 2013

10 Sikap Wanita Idaman Para Lelaki


10 Sikap Wanita Idaman Para Lelaki | Wanita merupakan anugerah Allah yang sangat berharga dikurniakan kepada insan bernama lelaki. Kehadirannya sangat mendamaikan dan menggembirakan hati Nabi Adam ketika di syurga. Sehinggalah ke dunia, dan sehinggalah ke waktu ini, sikap wanita masih tidak berubah. Tahukah apakah sikap wanita yang paling digemari oleh semua lelaki? Jom kita tatapi.

1. Sikap Keibuan – Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.
2. Keanak-anakan – Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.
3. Penuh Pengertian – Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
4. Menghargai – Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
5. Menjaga Penampilan – Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.
6. Pandai Berbicara – Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri – Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
8. Menghormati Diri Sendiri – Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
9. Simpati dan Prihatin – Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.
10. Sabar – Lelaki suka akan wanita yang bersabar dan tabah dengan segala ujian yang dilalui. Menjadi idaman setiap lelaki bergelar suami, jika sedang ditimpa kesusahan, datang seorang isterinya yang solehah dan penuh kesabaran, berkata, “La Tahzan! Inna Allaha ma’a na” (Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita). Nikmat mana lagi yang lelaki inginkan selain dari isteri yang solehah?

Tuesday 1 January 2013

SAYANG

SAYANG
apa khabar dengan mu
disini ku merindukan kamu
ku harap cinta mu takkan berubah
kerna disini ku tetap untukmu


SAYANG
apa khabar dengan mu
cobalah kamu telefon diriku
ku rindu dengar suara indahmu
kerna dirimulah semangat hidupku


SAYANG
dengarlah permintaan ku
jangan ragu kan cintaku
sayang percayalah apa kataku
kerna ku sayang kamu


SAYANG
dengarlah permintaanku
jaga hatimu untukku
sayang dengar la bisikan hatiku
kerna ku sayang kamu


Song: Sayang
Artist: shae



Sunday 30 December 2012

kenangan pahit manis 2012

assalamualaikum

setahun sudah berlalu pada tahun 2012.sampai sudah 2012 melabuh tirai dan mulalah tahun baru yang membuka kisah baru yang bakal menanti buat kite semua.. Mcm-mcm da aku lalui sepanjang tahun 2012. Pelbagai da aku rasai, lalui  semua penuh pahit manis didalamnya. bagi aku tahun ni adalah tahun yang sngat mencabar seluruh jiwa raga aku.

Semoga tahun yang mendatang akan kulalui dengan baik, tenang dan aku bakal mengumpul kenangan yang indah-indah belaka.. Di kesempatan ini, aku abadikan kenangan 2012 seorang insan bernama aku.

2012

tak silap awal tahun hari itu ayah aku masuk hospital gara-gara terjatuh dari motor..ayah aku mmg xtak boleh bawak motor da.. Dimasukkan ke hospital serdang beberapa hari tuk jalani rawatan di sana..


aku berpisah dengan seseorang yg amat mencintai aku selama 5 tahun..tp jodoh xmemihak pada kami.. lalu kami pun berpisah dengan cara baik walaupun pahit tuk kami telan..segala suka duka pahit manis bnyk kami kongsi bersama..tp kami still berkawan seperti biasa.. :)


Pada pertengahan tahun aku dpt lagi seorang abang ipar,polis lagi tu..hehe..kami meraikan majlis perkahwinan kakak dengan penuh gembira..happy sangat..sekarang kakak aku da 6 bulan menjalani sebagai isteri n bakal menjadi seorang ibu..aku yang excited sebab nak dapat anak buah lagi.. kalau boleh nak baby girl..hehe... semoga kakak aku dapat melahirkan pada tahun hadapan 2013 dengan selamat n dapat baby yang comel n soleh solehah..amin..


berkenalan dengan seorang yg aku sendiri xjangka dia la lelaki yang amat aku cintai..tiada lelaki lain selain dia sekarang n selamanya..(ahmad safuan) perkenalan kami di dalam hp (blackberry messenger) membuat aku ingin bersama dia n mahukan dia la lelaki yg bakal menjadi imam n ayah kepada anak aku suatu hari..amin.sekarang hampir 8 bulan hubungan yg kami jalinkan dengan penuh erat dan kasih sayang :)

Baru-baru ini famili aku baru je gi merisik seorang wanita untuk abang..dan pada tahun hadapan lagi sekali famili kami datang tuk menghantar rombongan pertunangan pulak..yeahhh xlama lagi dapat pulak kakak ipar...makin meriah la keluarga besar kami.. :D

banyak lagi yg nak dikongsikan tp ni la sebahgian dari kenangan aku  pada tahun 2012. Dan aku sematkan dalam hati.. Dan berharap pada tahun 2013 akan lebih bermakna, bererti dan akan ku coret kan kenangan2 yg terindah dalam hidup aku dan orang2 sekelilling aku..  :)


welcome 2013
good bye 2012







Wednesday 26 December 2012

melayang-layang

assalamualaikum
 
selamat malam..hai kte bertemu lagi..hehehehe
saje nak tulis blog ari ni sbb de peluang bukak tenet guna wifi hp akak so ape lg kan..kite manfaatkan la..hahahaha...
ha nak tau korang aku kan chat la ngn member aku ni.tetiba kan dia ckp aku happy je lain mcm...aku bg tahu la biase je xde lain mcm pun then aku ckp kat dia "u should happy with me"..betul pe kan.,pastu dia ckp dia xhappy sbb dia de tekumbuhan dalam telinga tp masih kecil lg..haihhh..terkejut aku dpt tahu...
kdg-kdg ape-ape boleh jd kan..yg kecik mahupun yg besar..kite kne sentiasa bersiap sedia dlm ape jua kemungkinan or musibah yg bkal terjd...supaya kite xde la terkapai kesedihan meniti hari-hari yg jd kat kite..emmm.peringatan buat aku jgk ni..
aku nak letak pic yg aku amek time kat lexis pd tu tp hp aku ni prob la xleh nak transfer gne hp..so aku kne send melalui email ha baru la boleh aku masukkan kat sni..xpe la tggu la aku pkai tab ke aku open blog kat situ terus masuk gmbr melalui tab je..kan senang...hihihih....ntah bila la agaknya kan..huhuhu...
k la tu je la...smpai kitemu lagi...
salam sayang dari sweety girl :)
 



Monday 24 December 2012

perasaan

assalamualaikum...

rasanya lama da xtulis ape2 kat entry ni kan.yelar bz..tp sbnrnya xtahu nak tulis ape...so hari ni nak kata de cerita nak diceritakan xla jgk tp jari jemari ni da gatal nak menaip2  kat blog aku ni..hehe. sebenarnya bnyk yg terjd kat aku suka duka pahit manis sblum ni..so meh aku cite sbnyk sedikit cite2 aku kat dalam ni... yg sedih2 dlu la baru yg gumbira2 k..haha..yg sedihnya kes aku ngn malaun sengal yg penah aku kenali sblum2 ni xsetel2 pun lg...bila diingt..billa dikenang nangis aku dibuatnya..ntah la hanya tuhan saja yg tahu betapa kesalnya aku mengenalinya...tp aku tau tuhan xkan menguji or memberi dugaan yg hambanya xmampu nak lakukan..so aku just mampu berdoa supaya aku diberi petunjuk tuk hadapi masalah yg aku tgh hadapi ni...emmmm...beberapa hari yg lepas aku selseme n batuk selang bape hari tu aku demam disbbkan effect selseme n batuk..gi klinik doc bg ubat sekali je mkn pastu xmkn2 da..xleh masuk da nak termuntah aku..huhu..so sejak tu smpai la sekrg demam aku sekejap ok sekjp xok..bdn pun lemah je..kepla pusing2 je..yg plg aku risau hidung aku xpenah berdarah sekali berdarh...ya Allah ape masalah tubuh bdn aku ni...mngkin jge penghapus dosa..alhamdulillah..mngkin tu je kot cte sedih aku..klu de lg lain kali ak cte..skrg cte gumbira pulak...sbnrnya aku ni baru je balik dari berbengkel + bercuti.hehehe.3 hari 2 mlm kat lexis pd..syiokkk wooo tmpat tu...bilik besar pulak tu..katil besar 2..da mcm rumah sndri dibuatnya,,hihih..walaupun lonely disana tp puas la n terbaikkk...ade gmbr nak dimuat kan kat sini tp nnt la,,hari ni aku nak cte je.hehehe...bengkelnya sehari je selebihnya aktiviti bebas,,haha,..besttt..dapt main valleyball sampai lebam2 n luka2 la main tp kalah..siap kene perli2 lg...pastu gi karokkk..smpai xde suara la..tp tmpat karoke tu bgs la murah pun murah..2 jam rm33..murah kan..paling best aku dpt mandi kolam...mmg niat klu gi sana nak jgk mandi kolam akhirnya dpt jgk..hahaha..cm budak2 kan..tp tu la hakikatnya..hahaha...hope dpt gi lg sana tp ngn famili n tersyg...honeymoon kat sana pun da ok... abg aku nak tunang da bulan 2 ni..alhamdulillah..cpt2 la kan boleh la pasni turn aku pulak..hehe...doa2 kan yg terbaik kat abg aku n hbgn aku ngn dia(safuan) semoga kekal selamnya....tetiba je rindu kat b kite tauuua..lama da xjmpe makin hangat rindu aku kat dia..menanti saat bahagia bila berjumpa dai je ni..hehehe..(senyum smpai ketelinga)..so ni la sedikit sebanyak suka duka pahit manis aku...tu je kot..lepas2 ni klu de akan aku update lg yer..seperti karangan da ni..muahaha....ok la lg panjang lg orang xnak baca kan...stop smpai sni je...lgpun nak balik da kul 5..k bye2.. :)

Tuesday 4 September 2012

tersayang

hai...
hari ini aku xde nak cite sangat..cme nak masukkan gmbar someone yg aku syg n cinta sgt..cehwah..hehehe
                                                              ahmad safuan <3 nur faezah

                                   kononnya boleh dapat gmbar full last jadi mcm tu..hehehe..tp sweet

                                     ok da kan...da seperti sebuah keluarga bahgia..uwitt angatt...

semoga hubungan kami berkekalan selamanya...aminnn :)