Thursday 3 January 2013

punca dan cara mengatasi sakit ketika datang haid

Jadi apakah punca sakit belakang pinggang ketika haid?

Sakit di bahagian bawah abdomen dan sakit di bahagian belakang selalunya dianggap normal akibat pengeluaran hormone Prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahem untuk mengeluarkan darah haid dalam rahem.

Pengeluaran hormone Prostaglandin yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahem secara berlebihan dan ini menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat,tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.

Dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh jadi disebabkan oleh masalah-masalah penyakit puan yang lain yang lebih serius seperti jangkitan kuman (Pelvic Inflammatory Disease), endometriosis dan fibroid.

Tanda-tanda seseorang wanita itu mengalami masalah yang lebih serius adalah apabila seseorang wanita itu mengalami senggugut yang melampau pada setiap bulan, sehingga terpaksa mengambil beberapa hari cuti kerana tidak mampu melakukan kerja.

Saya menasihatkan wanita-wanita seperti ini agar menjalani pemeriksaan doctor bagi mengesan masalah yang lebih serius.

Doktor akan melakukan pemeriksaa fizikal terutama pada bahagia kemaluan untuk memeriksa rahem. Ini termasuk pemeriksaan ultrasound, bagi mendapat gambaran imej struktur rahem di dalam abdomen.

Oleh itu saya mencadangkan agar mencari doctor wanita Muslim agar pemeriksaan dapat dialkukan dengan baik dan aurat dapat dijaga.

Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut yang teruk. Antaranya:

1. Melakukan senaman ringan. Ada beberapa kajian menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yag kuat.

2. Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, dan mengambil suplemen yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.

3. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 1.5-2 liter dalam sehari.

4. Boleh tuam menggunakan beg plastic atau beg kulit yang berisi air suam pada bahagian bawah perut bagi mendapatkan kelegaan.

5. Banyak kajian mendapati bahawa pengambilan ekstrak Kacip Fatimah 30mg beberapa hari sebelum kedatangan haid dapat mengurangkan senggugut yang teruk.

https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

6. Akhir sekali, Boleh mengambil ubat oenahan sakit yang ringan seperti acetaminophen dan paracetamol atau ubat penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen, beberapa hari sebelum kedatangan haid.

~~ Dr Zubaidi Hj Ahmad ~~


Wednesday 2 January 2013

10 Sikap Wanita Idaman Para Lelaki


10 Sikap Wanita Idaman Para Lelaki | Wanita merupakan anugerah Allah yang sangat berharga dikurniakan kepada insan bernama lelaki. Kehadirannya sangat mendamaikan dan menggembirakan hati Nabi Adam ketika di syurga. Sehinggalah ke dunia, dan sehinggalah ke waktu ini, sikap wanita masih tidak berubah. Tahukah apakah sikap wanita yang paling digemari oleh semua lelaki? Jom kita tatapi.

1. Sikap Keibuan – Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.
2. Keanak-anakan – Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.
3. Penuh Pengertian – Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
4. Menghargai – Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
5. Menjaga Penampilan – Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.
6. Pandai Berbicara – Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri – Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
8. Menghormati Diri Sendiri – Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
9. Simpati dan Prihatin – Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.
10. Sabar – Lelaki suka akan wanita yang bersabar dan tabah dengan segala ujian yang dilalui. Menjadi idaman setiap lelaki bergelar suami, jika sedang ditimpa kesusahan, datang seorang isterinya yang solehah dan penuh kesabaran, berkata, “La Tahzan! Inna Allaha ma’a na” (Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita). Nikmat mana lagi yang lelaki inginkan selain dari isteri yang solehah?

Tuesday 1 January 2013

SAYANG

SAYANG
apa khabar dengan mu
disini ku merindukan kamu
ku harap cinta mu takkan berubah
kerna disini ku tetap untukmu


SAYANG
apa khabar dengan mu
cobalah kamu telefon diriku
ku rindu dengar suara indahmu
kerna dirimulah semangat hidupku


SAYANG
dengarlah permintaan ku
jangan ragu kan cintaku
sayang percayalah apa kataku
kerna ku sayang kamu


SAYANG
dengarlah permintaanku
jaga hatimu untukku
sayang dengar la bisikan hatiku
kerna ku sayang kamu


Song: Sayang
Artist: shae